muka surat

Saturday 19 November 2011

BISIKAN YANG ANEH

dalam hati tersimpan banyak rahsia yang pelik-pelik.menjadi medan bisikan yang halus-halus yang tidak tercapai akal manusia untuk menafsirkannya.walaubagaimanapun dengan rahmat Allah manusia itu akan diberikan kefahaman mengenai apa maksud yang terkandung dalam setiap bisikan-bisikan yang selalu mendatangi kadangkala menggangu si empunya diri.oleh sebab itu bisikan itu akan sentiasa berbisik kepada tuannya untuk melakukan dua perkara sahaja samada perkara baik atau buruk.bisikan sebegini akan selalu mengganggu sekiranya tidak dijaga dengan baik oleh tuan punya diri.


bisikan yang berunsurkan jahat sangka selalu terkena pada kebanyakan orang termasuk penulis oleh kerana kurangnya kefahaman dan selalu mengiyakan apa yang dibisikan.kebayakan bisikan pada tahap ini selalu menjuruskan kepada kejahatan.

bisikan yang berunsurkan kebaikan tapi sebenarnya terkandung dengan unsur kejahatan atau boleh diertikan dengan "baik diawal tapi jahat dihujungnya".ini banyak terjadi kepada permulaan manusia yang mahu melangkah kearah kebaikan akan tetapi tidak tahu selok belok jalan yang akan ditempuhinya.kadang kala dia akan terjerumus ke lembah kegelapan sekiranya berterusan dengan keadaan itu.ia juga boleh dikatakn perangkap dalam senyap.


ada bisikan yang selalu juga hinggap kepada hati manusia berupa bisikan yang boleh membuatkan si empunya diri menangis dengan teresak-esak oleh sebab bisikan itu.bisikan ini datang tidak selalu.tetapi apabila ia datang akan memberi makna yang cukup mendalam kepada empunya diri dengan rasa kesedaran yang amat sangat.menjadikan diri tuannya lebih rapat dengan Tuhannya.menjadikan dia dengan Tuhannya semakin dekat dan mudah tersentuh sekiranya mendengar pesanan dari Tuhannya.bersemangat apabila diseru dengan pesanan yang berupa kelembutan(wahai hamba-hambaKu)dan menangis apabila dikeraskan dengan kemarahanNya(azabKu amat pedih).






No comments:

Post a Comment