muka surat

Friday 18 November 2011

perkara BESAR tapi dianggap KECIL


  1. menjaga aurat dilihat sudah lapok. 
  2. membazir makanan dianggap perkara biasa.membazir merupakan penyakit umat islam sekarang.mereka tidak mengetahui dengan membazirkan makanan akan menunjukkan mereka itu kepada perangai yang tidak tahu berterima kasih kepada yang memberikannya.apabila ditimpa kesusahan mereka meminta-minta kepada Tuhan tapi setelah diberi tanpa segan silu dibazirkan.mereka lupa pada hari kiamat nanti makanan itu akan berbicara mengadu kepada Allah bahawa mereka telah dizalimi(dibazirkan) oleh tuannya.mereka lupa Allah itu bersifat dengan Adil.sekecil-kecil perkara akan ditanya Allah di hari kiamat nanti apatah lagi perkara besar pula.
  3. mengadakan majlis zikir(menyebut nama Allah) beramai-ramai sudah di anggap sesat tanpa usul periksa
  4. makanan yang kotor atau haram dijadikan santapan bagi umat islam.tidak ambil berat lagi mengenai kesucian makanan.musuh-musuh islam sudah perangkap umat islam melalui makanan.mereka mengetahui cara yang halus untuk membuatkan umat islam rosak dari segi akhlak.apabila makan tidak dijaga dengan cermat akan gelap hati.akibat yang paling bahaya ia akan menjadikan umat islam sudah tidak nampak lagi kebenaran dalam Agama oleh kerana hatinya gelap penuh dengan najis-najis dari kekotoran makanan yang dimakannya.
  5. riba sudah menjadi perkara biasa
  6. rasuah sudah menjadi darah daging
  7. menjadikan yahudi dan nasrani sebagai ikutan.punca inilah membuatkan umat islam zaman sekarang menjadikan yahudi dan nasrani sebagai idola mereka.dalam senyap-senyap telah melupakan sedikit demi sedikit akan adanya seorang (Rasulullah) yang sepatutnya diikuti oleh mereka itu.sesungguhnya yahudi dan nasrani tidak boleh sekali-kali memberi syafaat kepada umat islam dihari kiamat.tapi orang (Rasulullah) ini boleh memberi syafaat kepada umatnya yang ingat kepadanya.orang (Rasulullah) inilah yang sepatutnya dijadikan model dalam kehidupan dalam segenap segi.sesunguhnya  umat islam masa kini sudah banyak terperangkap dengan pengaruh orang kafir yang tidak senang duduk melihat agama islam tertegak sepenuhnaya sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh rasulullah dan para sahabat serta sekalian orang yang mengikuti mereka itu.mereka cuba menyesatkan umat islam dari segenap perkara tanpa disedari.mereka itu(orang kafir)merupakan pembantu-pembantu syaitan.wajib dijauhi oleh kerana syaitan sudah nyata menyesatkan manusia.orang(syaitan dan pembantunya) yang dengki tidak akan duduk diam selagi orang(umat islam) yang didengkinya berdiri tegak.mereka mahu mencantas supaya tidak dapat tertegaknya agama(islam) yang sebenar di muka bumi ini.
  8. banyak perkara yang bukan dalam agama dijadikan wajib atau mesti dilakukan dalam perkara agama.akibatnya menjadi rosak pemikiran dan mengelirukan masyarakat. 

    No comments:

    Post a Comment